Wednesday, May 21, 2008

catatan ke - 3

Tanggal 20.05.08...sekali lagi air mata aku mengalir...buat anakku muhd nabihan...aku pun tak tau kenapalah air mata ini senangnya mengalir pabila mengenangkan nasib anak aku....ada saja dugaan dan cubaan yang ku terima...tapi aku tetap redha atas ujian dariNYA.setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.aku baru menjadi ibu kepada anak pertama aku.. blum lagi aku ada anak ramai...bila dikenangkan.. macamana la ibu ku membesarkan aku dan adik beradik yang lain.aku akan buat yang terbaik untuk anak aku...walaupun payah sekali pun.. akan berusaha yang terbaik untuknya.begini rasanya jadi ibu...setiap masa,saat,detik hati teringat pada nabihan..entah bagaimana keadaan dia...aku rasa jalan yang terbaik...ialah memohon keredhaan dari NYA.tapi hati aku rasa nak mnejerit ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! leganya aku dapat luahkan rasa hati ini...........

Monday, May 12, 2008

Sunday, May 11, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU..........


11.05.08- aku rasa betapa beratnya...menanggung tggungjwb sebagai seorang anak,isteri,dan ibu kepada nabihan. hari nie aku dapat merasa bagaimana perasaan menyambut ari ibu...bukan senang nak mewarnai kain puteh yang dianugerahkan oleh Nya. saban ari..tiap detik,saat,minit,jam dan seterusnya..membuatkan aku semakin terasa tidak sabar melihat nabihan membesar dan memanggil perkataan 'ibu'. waktu itu aku rasa airmata kegembiraan pasti mengalir jua. sempena menyambut ari ibu nie..aku ingin mengucapkan 'selamat menyambut hari ibu buat semua ibu di luar sana.... yang melayari blog aku nie...bahagiakan pabila bergelar seorang ibu...begitulah perasaan ibuku yang melahirkan aku didunia ini..dan aku bersyukur kepada Allah S.W.T masih memberi peluang kepada ibuku untuk melihat anak bongsunya menjadi seorang ibu pulak..........biar dugaan...rintangan yang harus aku lalui..pasti aku akan cuba yang terbaik dalam membina sebuah family bahagia....walau pada dasarnya...pahit ditelan..manis dirasa...aku berdoa agar diberi kekuatan pada diri ini untuk mempertahankan ikatan yang telah aku bina bersama seorang yang bergelar 'suami' dan 'ayah' kepada nabihan.Ya Allah! tetiba pulak aku rasa sebak..............terhenti sekejap aku dibuatnya...

Thursday, May 8, 2008

jom kongsi pengalaman

09/05/08- bawa nabihan berjumpa dengan doktor..utk pemeriksaan..tapi..masih perlu disedut kahaknya. kalau bleh.. nak sangat sakitnya ilang dengan segera.biar nabihan tak payah tnggung sakit..nya..setiap kali datang kerja...fikiran dah melayang terpikirkan nabihan.sihat ka..sakit ka...hati berdebar2 nak tgk reaksinya...gamaknya inilah yang dikatakan naluri menjadi seorang ibu yang menyayangi anaknya.kalau ada yang sudi berkongsi pglman...hati ini akan lebih menjadi lebih tenang.

tarikh sejarah











nabihan berusia 3bln dan 4bln







usia 3bln





usia 4bln
melihat anak membesar di depan mata.....memebuat diriku semakin gembira walaupun penat..dengan tugas seharian...melayan kerenahnya yang semakin pandai bermain,membuatkan diriku semakin tidak sabau menunggu nabihan membesar....inilah nikmatnya pabila bergelar seorang ibu....



nabihan berusia 2minngu


Inilah wajah anakku nabihan yang telah selamat dilahirkan.